Friday, April 22, 2011

Visit by Al-Syeikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, Imam of Masjidil Haram


Recently,  Imam of Masjidil Haram, Al-Sheikh Dr.Abdul Rahman Bin Abdul Aziz Al-Sudaisy  arrived  in  Malaysia on Tuesday 19th April 2011.

Visit of Dr. Al-Sheikh. Abdul Rahman Bin Abdul Aziz Al-Sudaisy into Malaysia are welcomed as guests of the government official.

Tomorrow we still have a chance to meet him  :
Date: 23/4/2011 (SATURDAY)
Programme: Ceramah Perdana
Venue: Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay ( Bukit Bintang and Hotel Istana area)
Time: 8.30p.m

Don't miss this great oppurtinity. 

Lemme introduce him.. 


now, let us  listen together to the reading of holy Quran verses recited by Al-Syeikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais at UIA, 19/4/2011




p/s : respect to him due to his education, he dare to condemn jews..we pray for his safety and may Allah protect him from jews or any moslem enemies

Wednesday, April 20, 2011

Wasiat Imam Shafiee


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday, April 17, 2011

TETAMU ISTIMEWA Oleh Mohd Helmi Ahmad



 
KATA Emak semenjak Adik pulang dari sekolah, dia sentiasa mengurungkan diri di dalam rumah, tidak mahu keluar bermain mahupun menghirup udara. Umurnya baru berusia lapan tahun, agak janggal bagi kanak-kanak yang seusianya tidak memanfaatkan waktu itu untuk bermain. Agak rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Bukan senang untuk memperuntukkan waktu sebegitu. Masa tidak akan berpatah kembali. Apa yang ada harus diharungi. Begitulah perjalanan hidup.

Adik pulang dari sekolah. Pakaian seragam sekolah dibuka. Kasut dibiarkan terbengkalai di depan pintu. Stokin yang masam-masam itu diletakkan di atas meja kopi. Beg sekolah dicampakkan di atas kusyen. Emak yang sibuk memasak ketika itu tidak menghiraukan gelagat Adik. Adik terus mengurung diri di dalam bilik. Ada tetamu yang dibawa balik dari sekolah kata Emak. Tetamu itu tidak dipelawa untuk datang, tetapi mahu juga mengikut Adik pulang.
Adik tidak kenal akan tetamu itu, bercakap pun tidak, inikan pulak untuk bertanya khabar. Apa yang menghairankan Emak kenal akan tetamu yang tidak diundang itu. Seolah-olah sudah serasi dengan Emak, walaupun sebelum ini tidak pernah berkunjung ke rumah kami. Tetapi kata Emak tetamu yang ini lain sedikit sikapnya, dia tidak meminta makan dan minum. Dia hanya minta untuk tumpang tinggal sahaja di rumah kami. Dia mahu berlindung dari hujan panas. Dia mahu tinggal bersama Adik. Dia mahu berkawan bersama Adik. Dan juga dia mahu bermain bersama Adik. Tetapi Adik tidak mahu berkawan dengannya. Adik tidak mahu bermain dengannya. Malahan Adik tidak mahu berkongsi bilik dengannya. Adik rimas. Setiap kali tetamu itu menyondol-nyondol ke tubuhnya Adik, dia akan rasa rimas, gatal merenyam dan tidak selesa. Setiap kali itu juga Adik akan menangis. Meronta-ronta menyeru tetamu itu pulang saja ke rumahnya. Tetapi tetamu itu masih tegar untuk tidak mahu pulang.
Seketika cuma Adik, tenang. Tetamu itu tidak mengganggunya. Namun semenjak itulah Adik tidak lagi ke sekolah. Kawan-kawannya yang lain tidak mahu berkawan dengannya lagi. Dikatakan Adik seorang yang sombong. Tidak mahu berkawan dengan mereka. Adik hanya berkawan dengan tetamu barunya itu saja. Adik pentingkan diri sendiri. Adik hanya tahu mengurung diri di dalam rumah. Dah macam anak dara. Sementelahan itulah adik hilang banyak kawan. Pelajarannya juga terganggu.
Terang-terang tangan Emak sudah menyediakan sarapan. Nasi lemak bungkus bersama teh kepada kami. Adik sudah pun bangun. Tetamunya juga begitu. Emak membuka bungkusan nasi lemak itu. Kemudian Emak menyuapkan nasi ke mulut Adik. Adik nganga lalu menelan setiap butir nasi yang masuk ke dalam mulutnya. Kami adik beradik yang lain hanya melihat sahaja. Layanan Emak kepada Adik lain sekali. Sebelum ini Adik tidak mahu dilayan sebegitu rupa. Adik sudah besar. Tidak suka diperlakukan macam budak-budak lagi. Adik sudah boleh makan, mandi dan uruskan diri sendiri. Tanpa bantuan Emak lagi.
Adik malu jika kawan-kawannya melihat Emak mandikan Adik. Suapkan makan ke mulutnya. Tetapi pagi ini Adik tidak membantah. Adik seakan rela. Kami menganggapkan bahawa Adik hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada tetamunya itu. Dia tidak mahu Emak melayan tetamunya itu seperti Emak melayannya sewaktu kecil-kecil dahulu. Adik akan rasa cemburu. Adik merasakan hanya dia seorang yang wajar menerima layanan seperti itu.
Selepas makan, Emak memandikan Adik pula. Emak mencampurkan sedikit air yang berada di dalam botol ke dalam besen yang disediakan. Lain sedikit cara memandikan Adik. Sebelum ini Adik hanya dimandikan dengan air paip yang mentah-mentah itu saja, tetapi kali ini Emak memasukkan sedikit campuran air yang dibawa balik oleh Ayah dari rumah Haji Soot. Air itu dalam keadaan keperangan. Kandungannya seperti campuran akar kayu yang telah dihancurkan dan dicampurkan dengan air biasa. 
"Air apa ni mak?"

"Ni air penawar."

"Air penawar?"

"Air penawar ni untuk memulihkan kau."
Kami adik beradik yang lain curi-curi dengar perbualan Emak bersama Adik. Kami tergelak bersama-sama. Mudah benar Adik ditipu. Ternyata Adik bukanlah seorang yang bijak kerana terang-terang Emak memasukkan sedikit air dari sumber lain kemudian mencampurkan ke dalam air itu. Tujuannya adalah untuk meyakinkan Adik supaya mudah untuk mandi. Adik memanglah seorang yang ketegar untuk mandi. Dia takut dengan air. Seboleh-bolehnya dia akan mandi sehari sekali sahaja. Itupun jika diingatkan Emak.

Tetamu yang mengikut Adik pulang masih tidak mahu pulang. Sudah seminggu dia bertamu di rumah kami. Kawannya adalah dengan Adik. Dia tidak mahu berkawan dengan kami semua. Termasuk Emak.
"Mak boleh Ijam tanya sikit?"

"Ada apa?"

"Kenapa dengan Adik?"

"Kenapa pulak dengan dia?"

"Iyalah kenapa Adik dilayan begitu?"

"Kenapa kamu pun cemburu?"

"Bukannya cemburu, tapi kenapa Adik disuap makannya, dimandikan dengan air penawar?"

"Adik kamu tu sakit."

"Sakit! Adik sakit apa mak?"

"Dia demam baik."

"Demam baik!"
Kami adik beradik yang lain ketawa terbahak-bahak. Jawapan yang diberikan Emak kepada kami amat melucukan. Kalau sudah demam baik buat apa lagi susah-susah nak mandikan dengan air penawar. Sahlah jangkaan kami sebelum ini Adik sudah kena tipu. Adik yang dikatakan bijak dalam matematik sebelum ini senang-senang ditipu Emak. Dia tidak dapat mengira setiap butir kata Emak yang membelit akal fikirannya. Jelasnya kemahiran adik untuk menafsir masih pada tahap yang rendah.
Adik menangis lagi. Adik tidak dapat tidur malam. Tidurnya sentiasa diganggu tetamu yang mengikutnya pulang. Kami sudah mengagak Adik hanya pandai bermuka-muka. Sebelah siangnya memanglah Adik buat tak layan sahaja dengan tetamunya itu, sebaliknya pada waktu malam dia akan kembali cergas. Dia seperti burung hantu yang aktif pada waktu malam. Dia akan bermain-main dengan tetamunya itu. Dia akan berkawan dengan tetamunya itu. Sehinggalah lewat malam. Pandai sungguh Adik bersandiwara.
Apabila sudah letih, sendi-sendinya akan terasa lenguh. Badannya akan terasa gatal-gatal. Tenaganya sudah tentu kehabisan ketika bermain bersama tetamunya itu. Kulitnya akan mudah dinaiki bintil-bintil kemerahan. Keadaan itu disebabkan peluh yang berlinangan di badannya. Angin sukar menyelinap masuk ke bilik Adik. Jadi keadaan bilik Adik terpeluwap.
Setelah Adik kalah dalam permainannya Adik akan menangis. Adik akan meronta-ronta. Sudah agak dah Adik macam itu. Hanya dia seorang yang boleh menang. Orang lain tidak akan berpeluang jika bermain dengan Adik.

"Kenapa ni Adik?"

"Badan Adik gatal-gatal."

"Itulah mak cakap jangan main sampai lewat malam. Nanti gatal-gatal susah."

"Adik tak main apa-apa pun."

"Dah mari sini mak tengok!"
Kami sekali lagi terkesima. Bualan Adik bersama Emak seakan tidak masuk akal. Sekali lagi Adik ditipunya Emak hidup-hidup. Tabiat Adik yang sukar diubah adalah suka tidur lewat. Sewaktu usianya ini tidak elok baginya berjaga lewat malam. Kesihatannya akan mudah terganggu. Keesokannya apabila Adik ke sekolah Adik akan mengantuk. Mata Adik akan jadi merah. Mahu tidak mahu Adik akan tidur di dalam kelas. Dia tidak akan dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran lagi.
Keesokannnya Emak tidak lagi menggoreng ikan dan menumis masakannya. Emak hanya merebus ikan yang dibeli Ayah. Ikan itu direbus semata-mata untuk menjamu Adik dan tetamunya. Kami gelisah. Ternyata Adik dan tetamunya itu betul-betul menyusahkan. Makan minum Adik dan tetamunya dijaga begitu rapi. Tidak boleh silap sedikit. Emak sangat berhati-hati dalam menyediakan makanan kepada Adik.
Sebelum ini Emak tidak mengambil kisah akan bab-bab masak-memasak ini. Maksudnya Emak akan memasak mengikut cita rasanya sahaja. Tapi lain untuk kali ini. Lauk mesti direbus setiap hari. Emak tidak akan menggoreng lauk lagi. Tidak ada lagi masakan yang melibatkan tumis-menumis. Semuanya rebus semata-mata. Dikatanya jika Emak menumis, tetamu Adik akan meronta-ronta. Keadaan ini menyebabkan Adik turut meronta-ronta juga. Emak tidak sanggup melihat Adik dalam keadaan itu. Sangat terseksa.

"Adik kamu tu demam biji. Tak boleh sembarangan. Nanti merebak susah. Mak kena jaganya baik-baik."
Kelucuan yang Emak ciptakan sememangnya menggeletek perut kami. Seketika itu kami ketawa tidak henti-henti. Seakan mahu pecah perut dibuatnya. Sekejap demam baik, sekejap demam biji. Mana satu yang betul pun tidak tahu. Orang-orang dulu ada-ada saja istilah yang diciptakan. Melihat saja badan penuh dengan bintil-bintil dikatakan demam biji.

Adik semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggunya lagi. Sebaliknya Angah pula yang mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak mahu bercakap dengan orang lain. Tetamu Adik itu seolah-olah mahu berkawan dengan Angah. Dia tidak mahu berkawan dengan Adik lagi. Malahan tidak mahu bermain dengan Adik lagi. Agaknya tetamu Adik itu sudah bosan untuk bermain dengan Adik. Tiada permainan baharu yang dimainkan. Dia mahu mencari kawan baharu. Angah adalah orangnya. Sebelum ini Angah menunjukkan minat untuk berkawan dengan tetamu Adik. Angah selalu melawat bilik Adik. Di mana saja Adik berada di situlah Angah juga berada. Termasuk tetamu Adik.

Selepas Adik dan Angah, tetamu Adik itu beralih pula kepada kami sekeluarga. Dia menyondol-nyondol kami semua; dia menyondol punggung Emak, dia menyondol badan Along, dia menyondol kaki dan tangan Ayah. Dan juga dia menyondol muka Emak. Kami semua mengurungkan diri di dalam rumah. Makan ikan rebus setiap hari. Mandi air penawar. Hampir setiap malam tidur kami diganggunya tetamu Adik. Sendi-sendi kami terasa lenguh. Badan kami mudah terasa gatal merenyam. Bintil-bintil kemerahan tumbuh di mana-mana sahaja di tubuh kami semua. Orang kampung mengatakan keluarga Deris sombong belaka. Tidak mahu bertegur sapa. Hanya mengurungkan diri di dalam rumah.

Setelah itu datanglah Kiah Murai melawat kami semua. Sementelahan itu, berita tetamu yang dibawa pulang Adik tersebar ke seluruh pelusuk kampung. Habis semua rumah penduduk kampung dilawati tetamu Adik. Tetamu Adik itu mahu berkawan dengan semua penduduk kampung. Dia mahu bermain-main dengan penduduk kampung. Dia mahu menyondol-nyondol tubuh penduduk kampung. Habis semua penduduk kampung mengurungkan diri di dalam rumah. Mereka sedang bermain-main dengan tetamu Adik.

Sekarang baru kutahu bahawa tetamu yang dimaksudkan Emak. Di tempat kami demam itu dikenali sebagai demam baik, demam biji dan juga demam campak. Sebab itulah tidur malam Adik terganggu. Tidur malam penduduk kampung yang lain juga terganggu. Seluruh tubuh mereka gatal-gatal. Sejurus selepas itu kampung kami dibina sebuah klinik desa untuk merawat penyakit campak yang dihidapi penduduk kampung. Penduduk kampung dinasihati agar membawa anak-anak yang baru dilahirkan untuk pemeriksaan doktor. Kanak-kanak di kampung kami selepas itu diberi suntikan campak bagi mencegah daripada diserang campak. Setelah diberi suntikan campak kampung kami kembali aman damai. Tidak ada lagi tetamu yang datang tanpa diundang.

 
Hadoi..semangat betul aku baca cerpen ni.. ingatkan pe tadi. Wat suspens jer..

 
Sumber dari : berita harian

Saturday, April 16, 2011

suatu ketika



Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….
Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…
Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ooohhhhh……

Sunday, April 10, 2011

terkenangkan .....

hari ni buat2 busy la kononya.. pagi-pagi lagi aku bersama group aku pergi IMAAR ARCHITECT SDN BHD dekat Bandar Baru Uda.. nak settle kan project management yang  terbengkalai.. walhal nya other groups already completed that task. sigh~
i'm wondering why i have to cooperate with this kind of guys.. ek eleh.. ko bajet ko bagus sangat ke ajim oi.. muehehe.. but at least i put some efforts towards completion of our project, rite.. sigh2x~

Wednesday, April 6, 2011

kita tak suka orang jual ikan warghh

kadang-kadang mungkin kita tak perasan kita akan bersikap seperti menjual ikan sendiri.. tak kesah la ikan jenis ape pon.. ikan masin, ikan goreng, ikan segar, anak ikan..bla.bla.bla
tapi, menjual ikan pun masih boleh diterima berdasarkan keadaan tertentu sahaja.. bukan lah menjual nya sepanjang masa.. orang jual ikan pun ada waktu nya..kan2..
macam la dia sorang yang ada kepentingan.. sedangkan kita pulak tak perlukan semua itu..
ye..memang diakui haruslah bersikap mementingkan diri pada situasi kritikal .. contoh nya seperti berebut masuk ke dalam toilet untuk melepaskan hajat.. contoh lain, haruslah berentap ketika membeli-belah jualan akhir tahun.. masa tu macam-macam perangai jelas tertonjol kelihatan.. haish.. buruk betul perangai.. err.. ak pon termasuk dalam golongan itu kot.. kehkehkeh
marilah kita sama2 memupuk perasaan mementingkan orang lain.. contohnya, sebagai seorang kakak, kita kena lah mengalah dengan memberi keutamaan kepada adik2 kita.. p/s : saya sayang adik2 saya.. huhu


oklah..nak p sambung wat keje.. semangat!

Sunday, April 3, 2011

Berikan ku kesempatan Ya Rabb

Langkah ku untuk :

menuju jalanMu
menuju cintaMu
menuju redhaMu
menuju hidayahMu

Ya Allah hanya padamu :

aku memohon
aku meminta
aku berserah padaMu
aku bersujud 

Teguhkan aku dalam ajaranMu agar aku tetap di jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai..
Ya Allah berikanlah aku kesempatan...


aminn