Tuesday, May 10, 2011

betulkan perkara yang biasa, biasakan perkara yang betul

tiba-tiba terpikir apa benda yang orang tak suka kat kita ye?
bukanlah bermaksud nak berfikiran negatif selalu, tapi yelah alang-alang dah terpikir tu. kita nak lah tahu apa benda yang buat orang jelik, muak, lagi nyampah kat kau.. dan bukanlah juga bermaksud nak mengapi-apikan kat diri sendirik, ambil ia sebagai teladan, boleh lah kita cuba-dan-betul-kalau-salah-bole-cuba-lagi.

nak tahu jugak ke? sebok lah kau..haha.. ok2.. biar aku berterus-terang jelah.. setelah diselidik dan dianalisis, beberapa perkara yang aku rasa adalah patut dan cukup untuk membuatkan orang terdekat ak, yakni keluarga dan kawan2 ak rasa tak suka kat aku..

  1. terlebih emo
haa.. semua orang ada hak untuk marah kalau kene tempatnya.. tapi ak? pernah ak kesah selama ni? pernah ak fikir perasaan orang lain? bertindak ikut perasaan.. pantang ada yang tak kene, tiba2 je kau nak emo kan.. ape kes. opss.. kan dah ter'emo'..haha.
kawan-kawan panggil ak emo.. hmm.. ak cuba la terima kenyataan walhal ak sendiri pon emo bila orang panggil ak emo.. hehe.. tak matang langsung! kalau dalam family pun, memang adik2 takut dengan ak. sebab? ak suka marah dorang..padahal bende kecik jek.. kalau tak ikut cakap ak, siap lah..kejam tak.. haha.. tapi tu masa ak sekolah dulu, sekarang ak dah pencen nak mengamuk tak tentu pasal kat dalam rumah.. padahnya bila ak dah kurang kan kegarangan ak, adik2 kecik ak plak main2kan ak.. nak kene nih.. bila ak marah, diorang tak takut pon.. siap lari lari sini nak suruh pergi mandi. nak suruh basuh kasut la, . nak makan pun jenuh panggil .. ana, tia , iyul, makan.. penat je siap2 hidang makanan.. las2 dorang tkanak makan.. memang nak cari pasal la kan..tambahan pula, kalau ak masak..erkk..selalu pulak kau masak ajim.. keh3..



Sumber dari: JAIS 
mari ak bagi nasihat kpada diri sendiri dan juga kawan-kawan sekalian bagaimana kita nak mengawal emosi dan sifat amarah ni ye.. bila perasaan tu timbul je, cepat-cepat kita tampar pipi.. bagi sedar diri sikit.. kite kena malu dan perlu malu terhadap Yang Maha Esa.. tulah, segala tindakan kita diperhationa.. tak malu ker kita nak buat bende bukan-bukan nih.. bersikap biadap dan macam-macam lagi sifat mazmumah.. aku pun nak ingatkan diri aku lah ni.. aku pun selalu buat kesilapan yang berulang-ulang.. bila menyedari kesalahan yang dilakukan, cepat-cepat memohon kemaafan.. lepas tu, buat lagi benda yang sama.. tak ke tindakan tu seolah-olah mempermainkan Nya.. konon-konon taknak buat macam ni macam tu dah.. pastu buat lagi.. sebab tulah Allah sangat suka pada hambaNya yang sering bertaubat dan bermunajat kepadaNya..

Bila taubat sebati dengan diri kita, keberangkalian untuk kita melakukan dosa dan kesalahan yang sama tu berkurang la sikit.. tapi kita kene la istiqamah dengan apa yang kita kerjakan.. sebagai contoh, mula2 berazam taknak lewatkan solat.. pastu, bila ada banyak kerja, kita pentingkan kerja kita dulu, baru lah terhegeh-hegeh nak pergi menghadapNya.. tu pun sekejap je sebab nak sambung buat kerja lagi.. tak malu ke kita ?  

lagi pesanan yang ak nak kongsi kat sini.. ingat lah ye..tolonglah ingat kita ni hanya manusia yang hina di hadapan Yang Maha Esa. jadi, tak perlulah kite nak riak dan bongkak.. suka-suka hati kau je nak marah orang kan.. ingat, bila rasa nak marah, sedar diri sikit okeh.. ( aku akan cuba!). 

salah satu sifat terpuji adalah dengan banyakkan berdiam.. bak kata pepatah diam-diam ubi berisi..  banyak faedah kalau kita ni sentiasa berdiam dan banyakkan mendengar.. aku sendiri pon diakui sebagai orang yang banyak cakap.. hadoi..susah la nak kunci mulut ni.. jangan lah kunci mulut terus, cuma kurangkan bercakap benda-bende ngarut ni.. ia lebih membawa kepada kemungkaran je.. huhu.. dalam tengah nak rasa marah tu, kita mintak lah kat Allah, supaya kita Allah dapat selamatkan kita daripada sifat marah tu.. marah boleh kalau kene pada tempatnya dan pada kadar yang berpatutan.. tapi orang-orang macam aku ni suka marah ikut suka hati je..

bila kita sentiasa marah, secara automatik kita akan menyimpan dendam terhadap orang tuuu.. haa..inilah yang dikatakan boleh membawa kepada permusuhan dan tindakan untuk membalas dendam. nauzubillah.. korang ingat muka korang tengah marah tu lawa sangat ke? bayang kan betapa teruk nya muka kita tengah mara.. tak sweet langsung..dah macam singa aku tengok..haha.. aku pon macam tu..bila nak marah je, cepat-cepat pergi kat cermin dan terus senyum selebarnya.. 

bila dia datang, (marah) silalah selalu membaca Ta'awwuz..A'uzubillahi minas syaitanirajim..  memang keje si setan tu nak mengapi-apikan kemarahan kita.. kalau tak berkesan jugak, mara semakin meluap-luap, rajin-rajin lah ambik wudhu' kerana dengan berwudhu' hati kita tenang.. insyaAllah..

kalau dah susah sangat korang nak hilangkan rasa marah dan angin kuskus tuh,, baik pergi tido jelah.. bagi rehat kat badan..kesian badan kita stress bila tengah marah.. harap2 bila dah bangun tido tu takda lah rasa nak marah sangat .. tapi  jangan ler disebabkan terlampau marah, korang pergi tidur sampai tak sedar diri.. agak-agaklah,..biar secukup rasa.. 

kesimpulannya, kurangkan lah marah.. nanti cepat tua.. buat  teman seperjuanganku, kalau dah tahu aku macam ni, janganlah buat sesuatu yang boleh mendatangkan marah.. senang cerita, tak payah kacau aku .. so takde lah nak bermasam muka sebab berkecil hati dengan aku.. dalam masa yang sama, aku pun berusaha ke arah yang lebih baik. pasni, aku pun nak kurangkan mengacau orang..sama-sama lah kita tetapkan dalam diri kita setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan kepada Allah jualah ia kembali. maafkan aku andai tersalah kata.. 

p/s : betulkan perkara yang biasa, biasakan perkara yang betul

Monday, May 9, 2011

Cantek di mata..cantek di hati


cantik? pernah tertanya diri sendiri cantik atau tidak? tengok depan cermin hari2 takkan lah tak pernah timbul sekelumit pertanyaan macam tu.. kan kan kan.. bila tengok cermin, mesti kita selalu belek-belek muka kita.. pastu bermonolog dalaman.. dan macam-macam lagi yang kita bebelkan sorang-sorang.. ada setengah tu cakap muka tak licin la.. muka i banyak bintik hitam.. mata i kecik.. gigi i berterabur la.. ntah ape lagi rungutan yang kita lemparkan tanpa kita sedar yang dari mana kita memperoleh nikmat semua ni.. 

selama kita menghadap cermin ni, pernah kah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki? pernah kita mengagumi keadaan diri yang kelihatan cukup sempurna tetapi masih lagi tidak berpuas hati dengan pemberian tuhan.. ada tak sekali atau berkali-kali kita mengucapkan syukur.. kita beruntung terpilih sebagai hambaNya ang cukup sempurna sifat..kita kagum dengan kecantikan yang ada pada orang lain sedangkan kita merasa rendah diri dengan keadaan fizikal kita..

yang menjadi persoalan sekarang, kenapa mesti keadaan fizikal yang perlu dititikberatkan? sekiranya kita berada dalam kalangan orang yang cantik-cantik perlulah diingat supaya tidak berasa riak dan takabbur.. memadai lah bersederhana sahaja.. oh ya, ada lagi satu perkara yang aku nak kongsikan.. bila menghadap cermin..( asyik-asyik sebut pasal cermin..hehe). kita tatap wajah kita dengan penuh rasa rendah diri.. rendah diri terhadap Allah.. mensyukuri nikmat yang dikurniakan..dan seiring dengan tu, hendaklah kita senantiasa berdoa supaya kecantikan yang kita miliki ini diimbangi dengan memiliki kecantikan hati.. kecantikan dari segi akhlak. 

kecantikan yang hakiki adalah apabila seseorang insan memiliki ketulusan hati serta elok akhlak, dan sifat peribadinya.. semoga kita termasuk dalam golongan itu.. usahlah dipandang sangat kecantikan luaran kelak diri sendiri yang merana.. seimbangkan kedua-duanya, insyaAllah dunia akhirat kita selamat.. aminn..


p/s : aku sangat kagum dengan muslimah yang  menutup aurat menepati syariat  Islam..marilah kita sama-sama menuju ke  arah kebaikan yang berpanjangan.. insyaAllah

Terkenang PART III

Salam Alaik'...

di kotak minda aku sekarang ni tengah merewang-rewang kat kampung lagik..memandangkan aku pun memang dah lama tak balik kampung sejak bulan 2 haritu.. adoi..rindu nak menjenguk mereka di kampung sana.. macam mana lah kehidupan depe kat sana.. harap semua nya baik2 belaka. 

bila teringat kat depe, hati aku jadi sayu.. apatah lagi bila melihat keadaan tok sekarang. pah pulak masih dengan sakit-sakit lututnya, nak berjalan pun pakai tongkat.. bulan lepas pah terjatuh, insiden yang tak disengajakan..kesian dia, bertambah sakit la kakinya.. nak buat keje pun, mengengsot je.. sekarang makin pulih gamaknya.. lagipon, tokki dah bawak pergi klinik.. 

sebak rasa.. bila terkenangkan semua ni.. tok ak sekarang dah terlantar..tak mampu nak buat apa,. semuanya kene mengharapkan pertolongan orang. tak sanggup nak tengok keadaan dia.. mana taknya, aku selalu tengok keadaan dia yang sentiasa cergas, buat kerja pun macam lipas kudung.. tapi, takdir yang merubah segalanya.. aku hanya mampu berdoa supaya tok beransur pulih ..aku nak tok macam dulu.. yang selalu suruh aku buat macam-macam.yang selalu bercerita kat aku, yang selalu jerkah kami, yang selalu sporting, yang selalu tolong aku, yang selalu merajuk dengan aku,..hmm..macam-macam aku nak dia macam dulu.. 

sebenarnya, pada suatu pagi yang hening, tok pergi mandi kat bilik air luar.. rutin harian dia la, pergi basuh baju kat luar.. lama rupanya dia kat dalam bilik air.. mujur makcik aku perasan tok aku tak balik-balik lagi.. terkejut la kami bila diberitahu yang makcik aku jumpa tok dalam toilet dalam keadaan tak sedarkan diri.. pelik lah jugak sebab sebelum ni dia kelihatan sihat je,. lepas kejadian haritu, terus dia jadi lemah dan tak berdaya, penin, muntah-muntah.. keesokan harinya, tok dibawa ke hospital kerajaan.. kene tahan wad dalam 3 hari macam tu kot.doktor cakap takda ape yang serius..walhal keadaan bertambah serius slepas tok keluar dari hospital. memandangkan keadaan tok yang masih tak berubah, terus tok dihantar ke hospital swasta.

haa..barulah kami dapat tahu yang tok ak jatuh sebenarnya,.itu pun berdasarkan ujian yang doc jalankan..ak kurang arif pasal tu.. nampak macam biasa je kan tapi disebabkan keadaan tu, sekarang tok dah tak boleh berjalan, tak boleh bercakap lancar..masa dia kene tahan wad, ak ada jaga tok beberapa malam.. kesian dia aku tengok.. aku bayangkan keadaan aku macam dia.. macam mana aku nak hadapi ujian dari tuhan.

tulah kali terakhir aku jaga dia.. sekarang ni dia ada kat kampung.. mujur ada pakcik n makcik ak yang jaga.. awal2 dulu makan pun kene ikut tiub. sekarang ni dah boleh makan nasik.. .kesan jatuh tu menyebabkan darah beku kat dalam otak ..fungsi kawalan otak dia lemah, contoh nya; dia faham apa orang cakap, dia boleh tengok keadaan sekeliling, tapi bila dia nak bagi respon. bila dia nak bercakap, tapi dia tak berdaya.. so dia cakap pun kene pandai2 faham sendiri.. 

awal2 dulu bile aku kol, dia mesti dah tido.. baru2 ni ak kol lagi dia dah boleh cakap sikit2..dia nak sembang dengan aku.. kesian dia... nak cakap dengan aku tapi payah benar nak sampaikan kat aku. nasib baik aku faham sikit2.. sebak aku.. patutlah aku selalu mimpi dia, rupanya dia selalu sebut nama aku..huhu.. itupun makcik ak la yang bagitaw.dia tnya aku mana..hmm..semoga keadaan nya bertambah baik.. ak sentiasa mendoakan moga mereka semua dipanjangkan umur dan mendapat keredhaan dari Allah.. tak dapat nak teruskan cerita... bergenangan bila teringatkan mereka,.

Friday, May 6, 2011

Terkenang PART II

SALAM SEMUA

Sebenarnya ak bukan nak cerita pasal apa yang aku buat masa kecik2 dulu.. cuma teringat kenangan tu je.. Yang ak nak tekankan kat sini pasal insan istimewa yang aku dah sebutkan tadi. Aku selalu serba salah dengan mereka sebab ape tau.. Sebab bila ak duduk rumah tok, nak balik ke rumah tokki, mesti tok akan cakap macam ni : Yelah2.. Baliklah ke hulu nun..Satgi tokki pah kamu bising pulak.. Tak sempat la nak buat kerepek pisang, dll.  (macam-macam benda nak buat bile ak ada).. *nada sedih*..fuhh...Sentap ak macam ni.. tapi ak gagahkan diri jugak g balik rumah tokki.. Pasai aku dah janji nak tido semalam je pastu balik sana. tup2 kalau ak terlewat sehari ke, nanti mesti tokki perli baik punyer, hah ema.. Taknak duduk lama lagi kat kelior tu? nak tido ngn maktok kamu..(kelior : kehilir).. hehe.. Aku memang selalu tido dengan tok ak dari kecik.. haha.. Menyibuk je sebelah dia..bes tido kat katil tok sebab dia pasang kelambu yang dijahit dengan kain2 perca.. kalau aku tak dapat tido pon, mesti aku akan curik2 datang rumah tok ak. caranya? curi basikal arwah tokwan la. basikal tua da.. bia la kaki ak tak sampai pon janji ak sampai umah tok.. terkepit2 ak naik hey basikal tua sebab menahan sakit ketika kayuh.. paham2 jelah sakit kat mana. . kaki pendek tak sampai.. tapi gedik nak duduk jugak tu yang jadik mcam tu.

Tok ak ni tukang urut.. kalau cakap cucu toknek je mesti org kenal.. dah tu, dia mengurut mcam2 tempat mesti ada yang kenal kan..logik tak logik tak. almaklumlah, aku ni suka sakit2 dulu.. dia selalu urut aku.. bila aku balik je, mesti dia datang kat aku dan urut aku.. aku ni kuat menjerit..sering ak menjerit macam kena ape je. dahtu tok ak urut kaw2 punyer.. tak bisa aku menahannya weh.. sakit.. aku rindu sentuhan tangan kasar yang mengurut ak dulu, kerana sekarang tok aku dah tak mampu nak urut semua lagi. kalau dulu, dia lah yang paling cergas dan aktif. bangkit je dari tido, suara dia dah riuh rendah kejutkan kitorang.. aku yang tido sebelah dia ni? dia hold dulu.. japgi kalau dia tgok ak tak bangun lagi baru dia datang kejutkan..hehe.. kalau dulu2, pagi-pagi lagi dia dah turun ke sungai..err..tak sejuk ke..huhu.. basuh kain buruk la, mesin basuh ada, saje je naj wat senaman pepagi.. basuh bekas-bekas kotor la. ada je benda yang dia nak buat kt sungai tu.. ak pon tk paham..haha.. macam lipas kudung.. japgi kang dia kait jering ke, pergi carik daun kari kat belakang rumah ke., ada tu dia g jemur bijik koko, nak jual. pergi cari kekabu, nak buat bantal dan jual.. bagi makan ayam.. ayam pon gedik , carikla makanan sendiri.ak tengok banyak je sisa makanan kt luar tapi sebok nak makan dedak.

Ak yang baru pas mandi ni, baru nak makan.. nak ajak dia makan, tup2 dia dah pergi rumah orang dah, g mengurut pastu nak g kenduri lah ..tok aku ni kejap ade kejap hilang.. kalau bab-bab memasak, dia semangat suruh cucu dia buat sendiri.. dia ajar senang giler, pastu lantak kaulah nak buat ape kt dapur tuh, janji siap.. boleh dihidang.. dia just cakap ramuan nya, pastu letak je semua sekali.. kahkah2.. masa first time aku belajar dengan dia, terpinga-pinga aku.. dengan perasaan yang macam takde perasa ni, sekonyong-konyong aku ikut cakap dia, sebijik. dia suh buat kari, aku buat, dia suh buat masak lomak, aku buat.. nasib baik di ketika itu ada makcik ak. makcik ak ni adik ipar ayah aku.. family dorang memang duduk sekali dengan tok semenjak paktam ak kahwin. maktam ak pon bisik2..dia cakap jangan ikut sangat cakap tok tuh.. bunyik mcam menghasut jekan.tapi memang betul pon.. nmpak macam senang je nak masak  tu ini tu ini dalam masa sekejap, tapi bende2 remeh tak amik kira plak.. mesej kat sini dia memang suka tengok kitorang persatuan cucu berkumpul di dapur neh... 

Produk yang aku paling suka hasil tangan tok aku mestilah kari ikan.. aku suka kuih limeh (limas), aku suka putu kacang, time raya aku curik sebalang, aku suka curik asamboi yang dia nak bubuh dalam aiskrim.. dia jual aiskrim seposen tu.. ak paling suka eskem milo sebab dia letak santan sekali. macam2 lah lagi yek untuk ak senaraikan.. tapi, semua nikmat tu aku dah tak dapat merasainya..sebab tok dah tak larat nak buat semua tu.. huhu..sayu..
nak makan putu kacang tok.. susah nak jumpa yang sedap.. nak makan dodol tok..sedap.. orang tempah banyak2 tapi tok sempat simpan kat kami semua.. like it! nak makan kuih limeh.. dengar cerita mak aku dah tahu buat tapi aku tak rasa lagi.. nanti ak nak bandingkan..hehe..mak, jangan berkecil hati.. kari ikan tk payah cakap lah.. tiada tandingan. even mak aku buat, mesti aku makan sikit jer. oh mak, jangan ambil hati ye. masakan mak yang lain jadik feveret ema.. 


BERSAMBUNG LAGIK...

Terkenang PART I


Salam semua..

Hari ini ak rasa macam nak luahkan apa yang terpendam dalam diri ini selama ini.. ape benda la susunan ayat ak ni? macam orang tak pernah buat karangan yerk.. ahh..lantak lah semua tu,. asalkan mesej ak  sampai.. 

Semua orang sayang family masing-masing kan? Sebenarnya nak cerita pasal keluarga lah ni.. Dah tak tahan dah nak simpan lame-lame..Kata orang kalau kita luahkan, barulah kurang beban yang ada .. tak gitu? 

Hari ni nak sembang pasal tokki, tok dan pah.. tokki dan pah adalah ayah dan ibu kepada mak ak.. tokki ak namanya haji termizi bin mohammad. opss.. pembetulan. dato' ye.. haha..perlu ke nak announce buat orang nyampah jek kat ak.. ahh bialah. pastu opah ni ak panggil pah je.. nama sebenar dia hajah arisun bt omar othman. tok pulak nama betul nya ramlah bt yeop.. arwah tokwan nama abd jalil bin ahmad.

Sedih sedih rasa di hati.. Rindu sangat nak balik kampung. Nak bertemu dengan insan yang bererti dalam hidup aku.. Di mata mereka, aku mungkin sama seperti kalangan cucu-cucu yang lain.. Namun, aku sentiasa ambik berat dan perhatian terhadap mereka dalam diam-diam. Mungkin jua sepupu-sepupuku yang lain tidak menyedari keprihatinanku ini.. Jauh dalam lubuk hati aku sering terkenangkan mereka. Acapkali aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan mereka.. Ya Tuhan, berilah peluang kepadaku untuk berbakti pada mereka ini, insan yang telah melahirkan kedua ibu bapaku.. berilah aku kesempatan untuk melewati bersama saat-saat mereka meniti alam senja. Ya Tuhan, kira air mata mengalir mengenangkan mereka, aku ingin Kau tahu  bahawa aku sangat bersyukur atas pemberian dan nikmat yang Kau kurniakan padaku.. Kau beri kesempatan padaku bertemu dengan mereka, mengenali mereka, dan meniti bahagia bersama mereka.

Kampung aku kat Bukit Gantang,Taiping. Kedua-dua kampung aku dekat-dekat je.. Maklum saja lah mak dan ayah aku berasal dari kampung yang sama, malahan ada pertalian darah lagi.. Masa kecik-kecik dulu suka sangat nak tinggal kat kampung.. Oleh kerana excited state yang terlebih, maka mak ayah aku pun hantarlah kita adik-beradik ni tinggal kat kampung. Aku, dan adik-adik aku, munir, bebi , dan adek. haha.. Itu pun masa cuti sekolah baru bole duduk lama2.. Kalau tidak, balik kejap2 jer. 

Punya la seronok bila bercerita bab balik kampung ni.. sampai punya semangat packing bag awal2.. Haa tak caya tanya mak ak.. Ak rase semua orang macam tu kan bila nak balik kampung termasuklah aku ni ha..  Dah balik kampung ni, boleh jumpa sepupu yang lain. Kira macam pertemuan persatuan sepupu la ni. hooray! Biasalah kan kalau nama budak, macam2 la idea yang best untuk di buat.. Masa cuti sekolah, mak ayah tak balik.. Jadi nya tokki, pah , dan tok jadi penjaga la.. Kesian dorang nak kene jaga cucu yang ramai.. Kalau semua baik2 takpelah.. Ini tidak, nakal boleh tahan.. 




bersambung...


Friday, April 22, 2011

Visit by Al-Syeikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, Imam of Masjidil Haram


Recently,  Imam of Masjidil Haram, Al-Sheikh Dr.Abdul Rahman Bin Abdul Aziz Al-Sudaisy  arrived  in  Malaysia on Tuesday 19th April 2011.

Visit of Dr. Al-Sheikh. Abdul Rahman Bin Abdul Aziz Al-Sudaisy into Malaysia are welcomed as guests of the government official.

Tomorrow we still have a chance to meet him  :
Date: 23/4/2011 (SATURDAY)
Programme: Ceramah Perdana
Venue: Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay ( Bukit Bintang and Hotel Istana area)
Time: 8.30p.m

Don't miss this great oppurtinity. 

Lemme introduce him.. 


now, let us  listen together to the reading of holy Quran verses recited by Al-Syeikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais at UIA, 19/4/2011




p/s : respect to him due to his education, he dare to condemn jews..we pray for his safety and may Allah protect him from jews or any moslem enemies

Wednesday, April 20, 2011

Wasiat Imam Shafiee


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.