tiba-tiba terpikir apa benda yang orang tak suka kat kita ye?
bukanlah bermaksud nak berfikiran negatif selalu, tapi yelah alang-alang dah terpikir tu. kita nak lah tahu apa benda yang buat orang jelik, muak, lagi nyampah kat kau.. dan bukanlah juga bermaksud nak mengapi-apikan kat diri sendirik, ambil ia sebagai teladan, boleh lah kita cuba-dan-betul-kalau-salah-bole-cuba-lagi.
nak tahu jugak ke? sebok lah kau..haha.. ok2.. biar aku berterus-terang jelah.. setelah diselidik dan dianalisis, beberapa perkara yang aku rasa adalah patut dan cukup untuk membuatkan orang terdekat ak, yakni keluarga dan kawan2 ak rasa tak suka kat aku..
- terlebih emo
haa.. semua orang ada hak untuk marah kalau kene tempatnya.. tapi ak? pernah ak kesah selama ni? pernah ak fikir perasaan orang lain? bertindak ikut perasaan.. pantang ada yang tak kene, tiba2 je kau nak emo kan.. ape kes. opss.. kan dah ter'emo'..haha.
kawan-kawan panggil ak emo.. hmm.. ak cuba la terima kenyataan walhal ak sendiri pon emo bila orang panggil ak emo.. hehe.. tak matang langsung! kalau dalam family pun, memang adik2 takut dengan ak. sebab? ak suka marah dorang..padahal bende kecik jek.. kalau tak ikut cakap ak, siap lah..kejam tak.. haha.. tapi tu masa ak sekolah dulu, sekarang ak dah pencen nak mengamuk tak tentu pasal kat dalam rumah.. padahnya bila ak dah kurang kan kegarangan ak, adik2 kecik ak plak main2kan ak.. nak kene nih.. bila ak marah, diorang tak takut pon.. siap lari lari sini nak suruh pergi mandi. nak suruh basuh kasut la, . nak makan pun jenuh panggil .. ana, tia , iyul, makan.. penat je siap2 hidang makanan.. las2 dorang tkanak makan.. memang nak cari pasal la kan..tambahan pula, kalau ak masak..erkk..selalu pulak kau masak ajim.. keh3..
Sumber dari: JAIS |
mari ak bagi nasihat kpada diri sendiri dan juga kawan-kawan sekalian bagaimana kita nak mengawal emosi dan sifat amarah ni ye.. bila perasaan tu timbul je, cepat-cepat kita tampar pipi.. bagi sedar diri sikit.. kite kena malu dan perlu malu terhadap Yang Maha Esa.. tulah, segala tindakan kita diperhationa.. tak malu ker kita nak buat bende bukan-bukan nih.. bersikap biadap dan macam-macam lagi sifat mazmumah.. aku pun nak ingatkan diri aku lah ni.. aku pun selalu buat kesilapan yang berulang-ulang.. bila menyedari kesalahan yang dilakukan, cepat-cepat memohon kemaafan.. lepas tu, buat lagi benda yang sama.. tak ke tindakan tu seolah-olah mempermainkan Nya.. konon-konon taknak buat macam ni macam tu dah.. pastu buat lagi.. sebab tulah Allah sangat suka pada hambaNya yang sering bertaubat dan bermunajat kepadaNya..
Bila taubat sebati dengan diri kita, keberangkalian untuk kita melakukan dosa dan kesalahan yang sama tu berkurang la sikit.. tapi kita kene la istiqamah dengan apa yang kita kerjakan.. sebagai contoh, mula2 berazam taknak lewatkan solat.. pastu, bila ada banyak kerja, kita pentingkan kerja kita dulu, baru lah terhegeh-hegeh nak pergi menghadapNya.. tu pun sekejap je sebab nak sambung buat kerja lagi.. tak malu ke kita ?
lagi pesanan yang ak nak kongsi kat sini.. ingat lah ye..tolonglah ingat kita ni hanya manusia yang hina di hadapan Yang Maha Esa. jadi, tak perlulah kite nak riak dan bongkak.. suka-suka hati kau je nak marah orang kan.. ingat, bila rasa nak marah, sedar diri sikit okeh.. ( aku akan cuba!).
salah satu sifat terpuji adalah dengan banyakkan berdiam.. bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.. banyak faedah kalau kita ni sentiasa berdiam dan banyakkan mendengar.. aku sendiri pon diakui sebagai orang yang banyak cakap.. hadoi..susah la nak kunci mulut ni.. jangan lah kunci mulut terus, cuma kurangkan bercakap benda-bende ngarut ni.. ia lebih membawa kepada kemungkaran je.. huhu.. dalam tengah nak rasa marah tu, kita mintak lah kat Allah, supaya kita Allah dapat selamatkan kita daripada sifat marah tu.. marah boleh kalau kene pada tempatnya dan pada kadar yang berpatutan.. tapi orang-orang macam aku ni suka marah ikut suka hati je..
bila kita sentiasa marah, secara automatik kita akan menyimpan dendam terhadap orang tuuu.. haa..inilah yang dikatakan boleh membawa kepada permusuhan dan tindakan untuk membalas dendam. nauzubillah.. korang ingat muka korang tengah marah tu lawa sangat ke? bayang kan betapa teruk nya muka kita tengah mara.. tak sweet langsung..dah macam singa aku tengok..haha.. aku pon macam tu..bila nak marah je, cepat-cepat pergi kat cermin dan terus senyum selebarnya..
bila dia datang, (marah) silalah selalu membaca Ta'awwuz..A'uzubillahi minas syaitanirajim.. memang keje si setan tu nak mengapi-apikan kemarahan kita.. kalau tak berkesan jugak, mara semakin meluap-luap, rajin-rajin lah ambik wudhu' kerana dengan berwudhu' hati kita tenang.. insyaAllah..
kalau dah susah sangat korang nak hilangkan rasa marah dan angin kuskus tuh,, baik pergi tido jelah.. bagi rehat kat badan..kesian badan kita stress bila tengah marah.. harap2 bila dah bangun tido tu takda lah rasa nak marah sangat .. tapi jangan ler disebabkan terlampau marah, korang pergi tidur sampai tak sedar diri.. agak-agaklah,..biar secukup rasa..
kesimpulannya, kurangkan lah marah.. nanti cepat tua.. buat teman seperjuanganku, kalau dah tahu aku macam ni, janganlah buat sesuatu yang boleh mendatangkan marah.. senang cerita, tak payah kacau aku .. so takde lah nak bermasam muka sebab berkecil hati dengan aku.. dalam masa yang sama, aku pun berusaha ke arah yang lebih baik. pasni, aku pun nak kurangkan mengacau orang..sama-sama lah kita tetapkan dalam diri kita setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan kepada Allah jualah ia kembali. maafkan aku andai tersalah kata..
p/s : betulkan perkara yang biasa, biasakan perkara yang betul
No comments:
Post a Comment