Friday, May 6, 2011

Terkenang PART II

SALAM SEMUA

Sebenarnya ak bukan nak cerita pasal apa yang aku buat masa kecik2 dulu.. cuma teringat kenangan tu je.. Yang ak nak tekankan kat sini pasal insan istimewa yang aku dah sebutkan tadi. Aku selalu serba salah dengan mereka sebab ape tau.. Sebab bila ak duduk rumah tok, nak balik ke rumah tokki, mesti tok akan cakap macam ni : Yelah2.. Baliklah ke hulu nun..Satgi tokki pah kamu bising pulak.. Tak sempat la nak buat kerepek pisang, dll.  (macam-macam benda nak buat bile ak ada).. *nada sedih*..fuhh...Sentap ak macam ni.. tapi ak gagahkan diri jugak g balik rumah tokki.. Pasai aku dah janji nak tido semalam je pastu balik sana. tup2 kalau ak terlewat sehari ke, nanti mesti tokki perli baik punyer, hah ema.. Taknak duduk lama lagi kat kelior tu? nak tido ngn maktok kamu..(kelior : kehilir).. hehe.. Aku memang selalu tido dengan tok ak dari kecik.. haha.. Menyibuk je sebelah dia..bes tido kat katil tok sebab dia pasang kelambu yang dijahit dengan kain2 perca.. kalau aku tak dapat tido pon, mesti aku akan curik2 datang rumah tok ak. caranya? curi basikal arwah tokwan la. basikal tua da.. bia la kaki ak tak sampai pon janji ak sampai umah tok.. terkepit2 ak naik hey basikal tua sebab menahan sakit ketika kayuh.. paham2 jelah sakit kat mana. . kaki pendek tak sampai.. tapi gedik nak duduk jugak tu yang jadik mcam tu.

Tok ak ni tukang urut.. kalau cakap cucu toknek je mesti org kenal.. dah tu, dia mengurut mcam2 tempat mesti ada yang kenal kan..logik tak logik tak. almaklumlah, aku ni suka sakit2 dulu.. dia selalu urut aku.. bila aku balik je, mesti dia datang kat aku dan urut aku.. aku ni kuat menjerit..sering ak menjerit macam kena ape je. dahtu tok ak urut kaw2 punyer.. tak bisa aku menahannya weh.. sakit.. aku rindu sentuhan tangan kasar yang mengurut ak dulu, kerana sekarang tok aku dah tak mampu nak urut semua lagi. kalau dulu, dia lah yang paling cergas dan aktif. bangkit je dari tido, suara dia dah riuh rendah kejutkan kitorang.. aku yang tido sebelah dia ni? dia hold dulu.. japgi kalau dia tgok ak tak bangun lagi baru dia datang kejutkan..hehe.. kalau dulu2, pagi-pagi lagi dia dah turun ke sungai..err..tak sejuk ke..huhu.. basuh kain buruk la, mesin basuh ada, saje je naj wat senaman pepagi.. basuh bekas-bekas kotor la. ada je benda yang dia nak buat kt sungai tu.. ak pon tk paham..haha.. macam lipas kudung.. japgi kang dia kait jering ke, pergi carik daun kari kat belakang rumah ke., ada tu dia g jemur bijik koko, nak jual. pergi cari kekabu, nak buat bantal dan jual.. bagi makan ayam.. ayam pon gedik , carikla makanan sendiri.ak tengok banyak je sisa makanan kt luar tapi sebok nak makan dedak.

Ak yang baru pas mandi ni, baru nak makan.. nak ajak dia makan, tup2 dia dah pergi rumah orang dah, g mengurut pastu nak g kenduri lah ..tok aku ni kejap ade kejap hilang.. kalau bab-bab memasak, dia semangat suruh cucu dia buat sendiri.. dia ajar senang giler, pastu lantak kaulah nak buat ape kt dapur tuh, janji siap.. boleh dihidang.. dia just cakap ramuan nya, pastu letak je semua sekali.. kahkah2.. masa first time aku belajar dengan dia, terpinga-pinga aku.. dengan perasaan yang macam takde perasa ni, sekonyong-konyong aku ikut cakap dia, sebijik. dia suh buat kari, aku buat, dia suh buat masak lomak, aku buat.. nasib baik di ketika itu ada makcik ak. makcik ak ni adik ipar ayah aku.. family dorang memang duduk sekali dengan tok semenjak paktam ak kahwin. maktam ak pon bisik2..dia cakap jangan ikut sangat cakap tok tuh.. bunyik mcam menghasut jekan.tapi memang betul pon.. nmpak macam senang je nak masak  tu ini tu ini dalam masa sekejap, tapi bende2 remeh tak amik kira plak.. mesej kat sini dia memang suka tengok kitorang persatuan cucu berkumpul di dapur neh... 

Produk yang aku paling suka hasil tangan tok aku mestilah kari ikan.. aku suka kuih limeh (limas), aku suka putu kacang, time raya aku curik sebalang, aku suka curik asamboi yang dia nak bubuh dalam aiskrim.. dia jual aiskrim seposen tu.. ak paling suka eskem milo sebab dia letak santan sekali. macam2 lah lagi yek untuk ak senaraikan.. tapi, semua nikmat tu aku dah tak dapat merasainya..sebab tok dah tak larat nak buat semua tu.. huhu..sayu..
nak makan putu kacang tok.. susah nak jumpa yang sedap.. nak makan dodol tok..sedap.. orang tempah banyak2 tapi tok sempat simpan kat kami semua.. like it! nak makan kuih limeh.. dengar cerita mak aku dah tahu buat tapi aku tak rasa lagi.. nanti ak nak bandingkan..hehe..mak, jangan berkecil hati.. kari ikan tk payah cakap lah.. tiada tandingan. even mak aku buat, mesti aku makan sikit jer. oh mak, jangan ambil hati ye. masakan mak yang lain jadik feveret ema.. 


BERSAMBUNG LAGIK...

No comments:

Post a Comment