cantik? pernah tertanya diri sendiri cantik atau tidak? tengok depan cermin hari2 takkan lah tak pernah timbul sekelumit pertanyaan macam tu.. kan kan kan.. bila tengok cermin, mesti kita selalu belek-belek muka kita.. pastu bermonolog dalaman.. dan macam-macam lagi yang kita bebelkan sorang-sorang.. ada setengah tu cakap muka tak licin la.. muka i banyak bintik hitam.. mata i kecik.. gigi i berterabur la.. ntah ape lagi rungutan yang kita lemparkan tanpa kita sedar yang dari mana kita memperoleh nikmat semua ni..
selama kita menghadap cermin ni, pernah kah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki? pernah kita mengagumi keadaan diri yang kelihatan cukup sempurna tetapi masih lagi tidak berpuas hati dengan pemberian tuhan.. ada tak sekali atau berkali-kali kita mengucapkan syukur.. kita beruntung terpilih sebagai hambaNya ang cukup sempurna sifat..kita kagum dengan kecantikan yang ada pada orang lain sedangkan kita merasa rendah diri dengan keadaan fizikal kita..
yang menjadi persoalan sekarang, kenapa mesti keadaan fizikal yang perlu dititikberatkan? sekiranya kita berada dalam kalangan orang yang cantik-cantik perlulah diingat supaya tidak berasa riak dan takabbur.. memadai lah bersederhana sahaja.. oh ya, ada lagi satu perkara yang aku nak kongsikan.. bila menghadap cermin..( asyik-asyik sebut pasal cermin..hehe). kita tatap wajah kita dengan penuh rasa rendah diri.. rendah diri terhadap Allah.. mensyukuri nikmat yang dikurniakan..dan seiring dengan tu, hendaklah kita senantiasa berdoa supaya kecantikan yang kita miliki ini diimbangi dengan memiliki kecantikan hati.. kecantikan dari segi akhlak.
kecantikan yang hakiki adalah apabila seseorang insan memiliki ketulusan hati serta elok akhlak, dan sifat peribadinya.. semoga kita termasuk dalam golongan itu.. usahlah dipandang sangat kecantikan luaran kelak diri sendiri yang merana.. seimbangkan kedua-duanya, insyaAllah dunia akhirat kita selamat.. aminn..
p/s : aku sangat kagum dengan muslimah yang menutup aurat menepati syariat Islam..marilah kita sama-sama menuju ke arah kebaikan yang berpanjangan.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment