Salam semua..
Hari ini ak rasa macam nak luahkan apa yang terpendam dalam diri ini selama ini.. ape benda la susunan ayat ak ni? macam orang tak pernah buat karangan yerk.. ahh..lantak lah semua tu,. asalkan mesej ak sampai..
Semua orang sayang family masing-masing kan? Sebenarnya nak cerita pasal keluarga lah ni.. Dah tak tahan dah nak simpan lame-lame..Kata orang kalau kita luahkan, barulah kurang beban yang ada .. tak gitu?
Hari ni nak sembang pasal tokki, tok dan pah.. tokki dan pah adalah ayah dan ibu kepada mak ak.. tokki ak namanya haji termizi bin mohammad. opss.. pembetulan. dato' ye.. haha..perlu ke nak announce buat orang nyampah jek kat ak.. ahh bialah. pastu opah ni ak panggil pah je.. nama sebenar dia hajah arisun bt omar othman. tok pulak nama betul nya ramlah bt yeop.. arwah tokwan nama abd jalil bin ahmad.
Sedih sedih rasa di hati.. Rindu sangat nak balik kampung. Nak bertemu dengan insan yang bererti dalam hidup aku.. Di mata mereka, aku mungkin sama seperti kalangan cucu-cucu yang lain.. Namun, aku sentiasa ambik berat dan perhatian terhadap mereka dalam diam-diam. Mungkin jua sepupu-sepupuku yang lain tidak menyedari keprihatinanku ini.. Jauh dalam lubuk hati aku sering terkenangkan mereka. Acapkali aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan mereka.. Ya Tuhan, berilah peluang kepadaku untuk berbakti pada mereka ini, insan yang telah melahirkan kedua ibu bapaku.. berilah aku kesempatan untuk melewati bersama saat-saat mereka meniti alam senja. Ya Tuhan, kira air mata mengalir mengenangkan mereka, aku ingin Kau tahu bahawa aku sangat bersyukur atas pemberian dan nikmat yang Kau kurniakan padaku.. Kau beri kesempatan padaku bertemu dengan mereka, mengenali mereka, dan meniti bahagia bersama mereka.
Kampung aku kat Bukit Gantang,Taiping. Kedua-dua kampung aku dekat-dekat je.. Maklum saja lah mak dan ayah aku berasal dari kampung yang sama, malahan ada pertalian darah lagi.. Masa kecik-kecik dulu suka sangat nak tinggal kat kampung.. Oleh kerana excited state yang terlebih, maka mak ayah aku pun hantarlah kita adik-beradik ni tinggal kat kampung. Aku, dan adik-adik aku, munir, bebi , dan adek. haha.. Itu pun masa cuti sekolah baru bole duduk lama2.. Kalau tidak, balik kejap2 jer.
Punya la seronok bila bercerita bab balik kampung ni.. sampai punya semangat packing bag awal2.. Haa tak caya tanya mak ak.. Ak rase semua orang macam tu kan bila nak balik kampung termasuklah aku ni ha.. Dah balik kampung ni, boleh jumpa sepupu yang lain. Kira macam pertemuan persatuan sepupu la ni. hooray! Biasalah kan kalau nama budak, macam2 la idea yang best untuk di buat.. Masa cuti sekolah, mak ayah tak balik.. Jadi nya tokki, pah , dan tok jadi penjaga la.. Kesian dorang nak kene jaga cucu yang ramai.. Kalau semua baik2 takpelah.. Ini tidak, nakal boleh tahan..
bersambung...
No comments:
Post a Comment